Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga
orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan
mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka
namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat
setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan
Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian
akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama.
Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother
Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau
Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin
akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan
keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan
kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka
digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk
bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake
atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut
sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap
sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan
memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan
Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan
mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap
gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia
Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi "
The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu
patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah"
dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan
Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen
untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's
Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada
hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam
bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di
Philadelphia.
Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada
menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut
secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya
sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir
keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson,
secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum
dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biar pun
sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang
berlainan tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki,
Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua
dalam bulan Mei.
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2012/05/sejarah-hari-ibu.html
4 comments
yang pasti mau hari apapun itu aQ tetap akan selalumenyaynmu baby mon :)
pastinya itu :)
ibu memang orang yang paling berjasa bagiku, dan adalah segalanya...
meski sekarang bukan hari ibu , ku tetap menghargai dan menghormati ibu karena ibu adalah segalanya bagiku
follow @Apaajaboooleh on twitter
kritik , saran dan masukan.. kirim ke apaajabooooleh@gmail.com..:)